topbella

Saturday, June 27, 2009

Thursday, June 18, 2009

Di Sini Bermula...


Di Sini Bermula...

Mummy & Daddy married pada 22 Dec 2007... We engaged on 7 April 2007. Perkenalan mummy & daddy dalam keadaan tidak di sangka. Mummy Kerja Kat Lineclear Motion Pictures as Video Editor. From there mummy Kenal Daddy. Pendapat mummy & daddy xserupa. Mummy suka bangkang & daddy xnak mengalah. Daddy bawa mummy jumpa Tok Mama walaupun mummy xready. Daddy ni nak express jer, dia kenalkan mummy pada kawan2 walaupun kami x confirm lagi nak kawin.hihi.... confident jer..... tapi instinct mummy kuat tentang jodoh kami.

Mummy bawa daddy Jumpa Tok Wan Arissa, masa tu raya. Pak Ngah ketawakan Daddy coz daddy cakap peluk kusyen. Malu kot jumpa Tok Wan dgn Nenek. tapi Tok Wan & nenek suka daddy. Green light ler jawabnya. next month terus daddy merisik. hihihi. Lepas kahwin mummy & daddy honeymoon kat Australia....


Berita Gembira... Six month after married mummy & daddy dapat khabar gembira. Mummy already pregnant 2 month / 8 weeks. Daddy lah yang paling gembira. Alhamdulillah Syukur kepada Mu Ya Allah. Akhirnya mummy pregnant juga. Selepas tu mummy dah start tak buat kerja berat2... byk relax becoz mummy sgt sayang dengan baby yang mummy kandung... Daddy everyday panggil Arissa tau although we dont know yet jantina baby... after we know our baby is girl mummy hari2 cari nama untuk Arissa termasuk nama Arissa Aqila.

First Trimester... Morning Sickness mummy boleh tahan. Mummy tak boleh makan ayam, nak muntah. Mummy allergic makan laksa + rambutan. habis bengkak2 mulut. suka makan soup je tak kira soup ikan ke sayur ke janji berkuah. Berat mummy turun dari 62kg ke 58 kg.

2nd & 3rd Trimester... Mummy dah ok ckit. berat pun naik ke 62 kg balik. Arissa anak mummy dah start gerak2 bila masuk minggu ke 17 tp tak rasa sangat. Mummy pernah nak terjatuh kat tangga rumah Tok Mama, alhamdulillah bahu mummy sempat tahan di dinding. masa tu dah nak masuk 7 bulan. Mummy risau masa mummy kena denggi. Risau mummy dengan Arissa. Tapi alhamdulillah doktor kata baby dalam kandungan tak kena. Macamana boleh kena pun mummy tak tahu. Selalu pergi rumah Mak Uda kot., sana banyak kes ckit. Nov 4, Daddy pergi U.S tinggal mummy 10 hari. Boring betul tapi sib baik ada Arissa so mummy ada teman. Bab makan dan minum lak, mummy suka sangat tembikai & jambu. sehari tak dapat macam nak nangis tapi daddy mesti belikan. bila masuk bulan ke 8 mummy suka sangat makan coklat. berat mummy naik 65 kg. Mummy hari2 mesti daddy bawa jalan2 beli barang Arissa. sampaila malam 5 jan 2009 jam 10 lebih mummy tengah main game , tanda Arissa nak lahir dah tiba. Air ketuban mummy dah pecah. Daddy lak takda pergi main badminton. Then bila daddy dah sampai baru gerak pergi hospital jam 12 lebih. Sakit nak bersalin hanya Allah yang tahu. tapi last skali Mummy mengalah so operate jer.... kemudian doktor bawa Arissa ke sebelah mummy, putihnya, gebu, rambut kerinting. Mummy Kiss Arissa sayang then mummy tidur....

About Me

 
Leeya Aqila© DiseƱado por: Compartidisimo