topbella

Thursday, September 8, 2011

Hatiku Tawar

Pelik tajuk yang ku coretkan. tawar air boleh di tambah gula tapi tawar hati xtahu nak tambah apa. Pelikla, hatiku gundah gulana, adakah insan ini berlakon. bila tiada orang dia akan terlalu baik tetapi bila dihadapan orang lain dia membuatku jadi pelik. Pelik menjadi semakin pelik. Meraih pelbagai cara, namun aku tetap pelik dengan reaksi mereka seperti aku ini di perlekehkan sbb siapalah aku yang cuma sekadar suri rumahtangga.

Satu hari aku bercerita dengan suami, yang hampir membuat airmataku berlinang, tp cover jugalah. But my husband tergamam mendengar aku bercerita. Untuk menyedapkan hatiku dia kata mereka memang macam tu. aku terdiam. Pelik...

Aku masih pelik. Bila ku hitung dah macam2 kusimpan perkara pelik sehingga ku sedar ke hari ini. Pelik kan terjadi ketika mereka senang dan ada orang yang ramai di kelilingnya. Tak pelik bila bersamaku.

Walaupun surirumah tp aku masih lagi ade pendapatan sendiri setiap bulan. Freelance lah katakan.. hahhhh ni pun buat aku pelik. Pelik kan sbb hati ku tawar dari pelbagai sudut. Ni kalau tgh terguris macam nih buat puisi mesti menjadi. bila tawar macam nih lemah je rasa. Ya Allah berilah kekuatan dan petunjuk. Ampuni dosaku Ya Allah. Kuatkanlah imamku.... kuatkanlah imanku, tabahkanlah hatiku...

Semoga aku tenang dan tidak berprasangka buruk seperti ini. berdosanya aku jika ini hanya aku yang berprasangka buruk... aku mesti buat something supaya tidak melayan perasaan seperti ini. aku yang bersalah dan akulah yang pelik itu. hatiku tawar kerana sikap pelik ku ini dari dulu hingga sekarang. semoga aku tabah dengan sedikit dugaanmu.

Saturday, April 9, 2011

Ahmad Ashraf Aqil




My cute Lil' Prince Ahmad Ashraf Aqil was born at TMC, Kota Damansara pada 20 Nov 2010.. Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Allah atas kurnia yang sangat Indah ini. Melihat wajahmu buat kali pertama membuatkan mummy sangat2 gembira sehingga mengalirkan air mata.

Sekarang Ahmad Ashraf dah 4 bulan. Lagi 11 hari masuk 5 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Buat masa ni Ashraf dan boleh meniarap dan dah bergolek kesana kesini. Arissa pun sayang Ashraf walaupun ada sekelumit rasa cemburu.


Bila Ashraf tidur mummy berdoa agar besar nanti Ashraf jadi anak yang pandai dan berjaya. Sebagai anak lelaki mummy yang pertama Ashraf kena jaga Kakak Arissa bila besar nanti. hihihi

Hari-hari yang di lalui mummy rasa sangat indah bersama dua anak kesayangan. Bagi mummy Ashraf tak banyak meragam kecuali bila nak tidur dan menyusu. Mummy juga dah beri Ashraf makan di usia 4 bulan. Nak tahu kenapa? sebabnya Ashraf asyik merengek dan menghisap jari sepanjang masa seperti sudah mahu makan.

Mummy selalu beritahu kepada sesiapa saja bahawa anak mummy ni sangat peramah kerana mudah senyum. Senyuman yang sangat comel. Ade lesung pipit di bahagian kanan pipi lagi. Anak mummy yang hensem suka tidur meniarap. berbeza sangat dengan Arissa yang tak suka tidur meniarap.


Mummy tersenyum sendiri kerana masa yang berlalu adalah sangat cepat. kalau dulu mummy selalu terbayang macam mana agaknya anak2 mummy. Alhamdulillah sangat cantik dan Hensem.

Mummy still tak buat apa2 keputusan untuk bekerja kerana pada mummy biarlah mummy besarkan Arissa & Ashraf sampai mummy percaya untuk orang lain menjaga anak2 kesayangan mummy nih.


Thursday, April 7, 2011

Arissa Aqila 2 years 3 months

Arissa Aqila itulah jeritan mummy setiap hari memanggil dan memarahi anak sulung yang baru nak belajar bercakap. Dah 2 tahun 3 bulan mummy membesarkan Arissa dengan penuh kasih sayang. Manja, itulah yang Arissa cuba dapatkan dari mummy & daddy but Mummy dah busy sikit dengan baby Ahmad Ashraf Aqil adik lelaki Arissa Aqila yang baru berusia 4 bulan. Sedap sungguh nama anak-anak mummy.

Buat masa sekarang ni hobi Arissa adalah menonton tv channel phdc singkatan kepada playhouse disney channel. Rancangan kegemaran adalah Mickey Mouse Clubhouse, Dibo The Gift Dragon, Chugginton, Handy Manny, Pororo, Pocoyo, Jungle Junction, Higgl town Heroes, Little Einstein, Special Agent Oso, Timmy Time, Word World & Bunny Town... Barney merupakan cerita paling dia suka...

Menyanyi dan menari memang paling pandai, sebutan time nyanyi boleh tahan betul. lagu pertama yang Arissa hafal adalah Burung Kakak Tua pastu I Love you. sekarang dah macam-macam lagu Arissa nyanyi...

I LOVE YOU - Barney Theme Song

I love you
You Love me
We are Happy Family
With a great big hug &
Kiss from me to you,
Wont you say you Love me too

Antara perkataan yang sudah pandai di sebut adalah;

- Mummy, Daddy, Ashraf, Nenek,
- Tok Mama & Tok Papa jadi Mama & Papa
- Pak Long & Alang jadi Pak Yong & Ayang
- Mia, Dini, Nadaa, Wawa
- Bob

Perkataan lain

- 'mummy i love u' utk tengok cerita 'Barney'
- Bobo for Dibo
- Hot dog for Mickey Mouse clubhouse
- Poco for Pocoyo
- Poorooroo for pororo
- bye pun pandai
- ketuk pintu dan bagi salam dgn menyebut akum
- baby bersin arissa sebut alyammmhuuuiah for alhamdulillah
- nak askim for ice cream
- bukak utk smua benda yang dia nak
- cuk for berak
- no no no
- semua jenis air adalah air gash
- susu, shoe shoe, sebutan lebih kurang untuk susu n shoes
- bed for bird, cat, apash asalnya for lipas tp Arissa guna untuk semua jenis serangga yang bergerak seperti ant, lipas, gonggok, lalat.
- hang pong for handphone

Hari nih terkejut bila arissa sebut 'chugginton' tp x clear sgt tp bila mummy tak faham Arissa nyanyi Chugginton, chugi chugi chugginton... rentak mummy tau lagu chugginton so mummy n daddy ketawa mendengar arissa sebut.

Iphone & Ipad

Dua benda ni merupakan permainan utama Arissa sama ada game atau video clip terutama dekat youtube. dekat youtube ni lah Arissa pandai order jer dekat mummy minta Barney, bobo, poco, poorooroo, chugginton.

Selain tu melalui Iphone ni juga Arissa suka dail dan bergayut dengan sesiapa saja yang dia nak terutama daddy, tok mama, alang, pak ngah, nenek, mak uda, maksu n tokwan.. uncle bob kadang2.

Hari ni Mummy ajar Arissa say yes when mummy call tapi dia buat tak tahu jer. Ambil hanger baru angkat Arissa jerit cakap 'Akittt maa' pastu baru sebut 'YES'. hahahahah....

Semalam mummy busy kemas rumah coz nak kejarkan masa maklumlah Ashraf tidur tapi Arissa pula buat hal takut tengok seekor lalat yang langsung tak kacau dia. "maa akutttt" menangis-nangis so mummy cakap arissa tutup mulut, merajuk ke ruang tamu sambil watching tv she said daddyyyyyy, dadddyyyy. pastu leh tertidur pula. kesian pula mummy tengok.

Syukur Alhamdulillah kerana Arissa Aqila sangatlah bijak, cergas dan sihat. Mummy tak sabar nak dengar arissa pandai cakap.....


Kurniaan yang sangat Indah dari Mu Ya Allah. Arissa Aqila anak Sulung Mummy & Daddy lahir pada 6 Jan 2009. Mummy Always Love u both.... Arissa Aqila & Ahmad Ashraf Aqil





Wednesday, March 2, 2011

Kepulangan Tanda Pemergian - Al Fatihah

Raya Aidilfitri 2011 adik ipar saya iaitu Nur n family yg tinggal di pakistan akan pulang ke Malaysia so kami yang x sabar2 melihat cahayamata kedua mereka iaitu Wan Marwa yang cuma beza 15 hari dengan Ahmad Ashraf.

Namun husband Nur ade meeting pada feb 2011 so berita gembira menanti kepulangan mereka sekeluarga sgtlah di nanti2 kan. Akhirnya saya dapat jumpa Wan Marwa yang sangat comel... sbenarnya sblm sampai ke Malaysia mereka tidak memberitahu bila tarikh sebenar ketibaan, namun sy telah tbaca di facebook bahawa mereka sudah berada di karachi. saya bertemu mereka pada hr berikutnya dgn membawa gift utk Marwa... nex day kami dtg lg dgn membawa kfc dan nasi lemak untuk dinner.. slpas hari itu suami Nur ade kursus 4 hari... hr ahad Nur dtg tidur rumah kami bersama dua puterinya Nadaa dan Marwa, tidak lupa juga Aini.. so esoknya sy mengikut mereka pulang ke rumah mak mertua. ptg suami Nur pulang... tidak di sangka pula itu merupakan kali terakhir saya memandang wajah penat suami Nur yg baru pulang dari kursus. Ahmad membawa pulang Laksa dan cendol dan mempelawa saya makan laksa juga. Wan Nadaa sangat gembira dgn kepulangan ayahnya. "ayah2!!! ahmad! ahmad!" itulah panggilan Nadaa kpada ayahnya. Sambil Ahmad memegang baby Marwa, Nadaa memanggil ayahnya, tidak sangka keletah Nadaa dengan ayahnya merupakan kali terakhir utk saya melihatnya..

Mereka akan pulang ke terengganu esok pagi maka sy menghabiskan masa bersembang dengan Nur pada hari tersebut iaitu isnin..

Saya memang pengguna tegar facebook.. bgn pagi fb sblm tdo fb n stiap masa adalah fb.. sy bc fb melalui hp jer, maklumlah teknologi skrg smua canggih2, lgpun surirumah sepenuh masa mmg mcmni.. jd selasa ptg tu sy melihat fb Nur, die ada upload photo Ahmad n menulis supaya berhati2 memandu.. jd saya berdoa agar mereka selamat sampai ke Kuala terengganu..

Malam sy tertanya sendirian adakah mereka sudah sampai.. melihat2 di fb kalau2 dah update status sampai terengganu.. masa tu jam 9 lebih.. just tgk kembar Ahmad bertanya adakah sudah sampai di wall post Nur... berdebar2 jer ht nih...

jam 11 lebih kot Aini call utk bckp dgn suami yg sdg bz potpet dgn hp satu lg... Aini ckp pd sy bahawa Nur sekeluarga accident. Ahmad koma setelah terlanggar seekor kuda yg terlepas dr kandangnya... kejadian berlaku sudah berhampiran dengan rumah keluarga Ahmad. Ingatkan sekadar kecederaan yang boleh kembali sihat, rupanya Aini call lg beberapa kali slepas itu memberitahu bahawa Ahmad sudah tiada.. terkedu sy tidak percaya seolah br td melihatnya sihat bersama anak2nya.. Innalillah hi wainnalillah hirajiun... Allah lebih menyayanginya...

kami sekeluarga bersiap2 untuk pulang ke terengganu.

saya sangat2 sedih dengan berita begini, usia perkahwinan keluarga kami adalah sama cuma tarikh akad nikah saya n Nur saja berbeza satu minggu.. berita gembira saya pregnant juga tidak jauh berbeza dgn anak pertama mereka, beza tiga ke empat bulan n berita gembira anak kedua juga lebih kurang sama n beza 15 hari jer. ade sedara yang kata kami ni berlumba2. hihi rezekila.... tapi sedih pulak mengenangkan anak Arwah yang masih kecil yang langsung mengerti apa itu kehilangan... lebih2 lg Wan Marwa yang br nak masuk
tiga bulan...

Ya Allah Ya Tuhanku, Tabahkanlah dan kuatkanlah hati Aini Nurbaya dalam menjalani kehidupan ini tanpa insan yang sangat di sayanginya.. permudahkanlah segala urusannya dalam membesarkan dua puterinya... semoga Wan Nadaa dan Wan Marwa menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup ini...

Hilanglah penulisan Nafastari yang pernah saya ikuti sebelum ini.. tiada lagi kisah pakistan... hanya Mawar Nafastari yang bisa meneruskan penulisan Nafastari..

kehilangan Ahmad sungguh menyentuh perasaan sy kerana pemergian yg sgt tidak di sangka.. sy tidak dpt membayangkan jika berita sedih itu menimpa keluarga yg sy sayangi.. sepanjang perjalanan ke terengganu saya dan suami byk termenung dan diam.. kelu lidah ini.. sampai di rumah arwah di terenganu air mata saya sudah tidak mampu di tahan lagi apabila bertemu Nur dan anak2nya..

Semoga roh Wan Ahmad Fadzil berada di kalangan mereka yang beriman dan soleh... AlFatihah

About Me

 
Leeya Aqila© DiseƱado por: Compartidisimo