topbella

Saturday, August 29, 2009

Anak Mummy Ni kelakar la.. Comelll


Arissa Aqila Ahmad Faizul... Arissa Mean Most excellent & Aqila mean Bijaksana. Ohh my cute lil' Princess u r the one & only mummy & daddy love... skarang Arissa dah pandai gelak kuat2, menjerit nyaring di kala suka, hisap botol sdiri, panjat tangga, tepuk tangan bila mummy nyanyi lagu tepuk amai2 & mcm2 lagi. best sangat. pejam celik dah hampir lapan bulan mummy besarkan Arissa.

Arissa pantang nampak perut daddy dia pasti nak pergi bubbb bub dengan mulut dia. dgn mummy pun sama. gigi dah tumbuh tapi satu jer kuar... bila bdiri ada hati lepas tgn... bijak betul anak mummy ni... kelakar la Arissa ni buat mummy ada rasa terkejut la skit td... baru tdo pastu bangun tiba2 senyum happy mummy kelam kabut baring sebelah bg susu then Arissa tdo balik. mengigau e?

alhamdulillah sepanjang membesarkan Arissa mummy bersyukur sebab rezeki kita murah sayang. Skit lagi nak raya.... mmmmm tgh berfikir sbb banyak benda nak buat....

Friday, August 28, 2009

Panic day...


Lepas berbuka daddy ajak mummy tukar brg mac dia... silap beli kot. balik mummy ajak singgah rumah tok mama... otw balik dr rumah tok mama, dlm kete mummy buka ler keropok apa tah n makan. arissa macam biasa tgk jer. then mummy igt nak simpan so mummy tunduk n secara tak langsung bucu plastik tercucuk mata arissa yang mummy sayang sgt ni. apa lagi menjerit sekuat hati dgn meleleh air mata n xbuka mata sebab sakit. mummy n daddy panic. daddy tanya kenapa n mummy dlm keadaan bersalah n cuai xterkeluar kata2. mummy bg susu kat arissa n dia diam. mummy buka mata arissa n nmpk kelopak mata hitam arissa mcm ada smthing. mummy n daddy panic n kami begegas ke klinik menara di bukit jelutong. tutup la pulak... daddy dah mengamuk2 n mummy dah sedih. Arissa TDO???? mummy tak kasi tdo tapi Arissa tetap nak tdo. G klinik Umra. sampai sana mummy tgk la mata arissa di tmpat yang terang takda apa la pula. Doktor check & dia kata everything is ok. cuma merah sikit jer. nex time be careful. harghhh lega. balik mummy & daddy diam jer.... arissa pun... Syukur alhamdulillah tiada apa2. Maafkan Mummy sayang...

Sunday, August 23, 2009

Resepi Nasi Ayam

Nak kata pandai masak tak la juga... tapi sekadar cuba dan kemudian rasanya agak sedap jadi untuk tidak lupakan resepinya maka dengan ini mummy nak simpan kat sini... senang utk rujuk dan boleh ler aunty Nor baca nanti...

Resepi Nasi Ayam

BAHAN2 for NASI'

1. Beras masak ler 4 pot utk 5 Atau 6 org makan
2. Air rebusan ayam
3.bawang besar sebiji di belah enam
4. bawang putih sebiji
5. halia 1 inci
6. garam secukup rasa
7. planta


BAHAN2 For SUP

1. Bawang besar sebiji
2. Bawang putih 2 biji
3. Halia 1 inci
4. perencah sup / sup bunjut
5. beberapa ketul ayam yg telah di kerat kecil2 sebagai syarat
6. kentang jika suka

BAHAN2 for AYAM

1. Kicap
2. Madu
3. Garam ckit jer

BAHAN2 for Sos

1. Cili besar 5 biji
2. Bawang Putih
3. garam
4. gula


BAHAN2 for sos kicap

1. kicap
2. sos tiram

BAHAN2 lain'
1. timun
2. salad
3. tomato

* semua bahan di atas di potong mengikut citarasa sendiri


CARA2 NYA:

1. selepas mencuci beras, masukan air rebusan ayam sukatan macam masak nasi biasa. kemudian masukan bawang besar, bawang putih, halia dan sedikit planta. letakan garam dan rasa ler sikit takut tawar nanti. tanak seperti biasa dan selepas masak pastikan nasi tadi di gaul untuk meratakan bahan2.


2. untuk masak sup ayam letakan semua bahan seperti di atas dan rasalah sendiri tawar ke masin.

3. ayam yang telah di rebus tadi ambil dan perap dengan madu,kicap manis dan sedikit garam selama 30 mins. lagi lama lagi sedap. kemudian goreng dan potong macam kat kedai buat.

4. untuk sos, blender cili besar, bawang putih, garam ckit, air (megikut suka) dan gula. setengah orang tak masak tapi lebih baik masak cili sehingga mendidih takut sakit perut. huhu... gaul dan rasa manis2 ckit dan sedap baru angkat.

5. letakan kicap, sos tiram lebih ckit dan air. gaulkan sehingga rata dan jadilah sos kicap. letak ler madu skit untuk tambahkan keenakannya.

6. dah siap semua hiaslah salad, tomato dan timun tu cantik2. hidangkan

selamat mencuba. agak2 tak faham comment ler....

Selamat berpuasa


nampaknya dah masuk hari kedua berpuasa. hahhah mummy puasa semalam, walaupun ada yang tak galakkan mummy berpuasa sebab menyusu arissa... tapi mummy ok jer... hari pertama puasa mummy masak nasi ayam & bubur jagung... Meriah tak photo di atas... semangat puasa... sib baik habis kalu tak membazir jer...

About Me

 
Leeya Aqila© DiseƱado por: Compartidisimo