topbella

Saturday, April 9, 2011

Ahmad Ashraf Aqil




My cute Lil' Prince Ahmad Ashraf Aqil was born at TMC, Kota Damansara pada 20 Nov 2010.. Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Allah atas kurnia yang sangat Indah ini. Melihat wajahmu buat kali pertama membuatkan mummy sangat2 gembira sehingga mengalirkan air mata.

Sekarang Ahmad Ashraf dah 4 bulan. Lagi 11 hari masuk 5 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Buat masa ni Ashraf dan boleh meniarap dan dah bergolek kesana kesini. Arissa pun sayang Ashraf walaupun ada sekelumit rasa cemburu.


Bila Ashraf tidur mummy berdoa agar besar nanti Ashraf jadi anak yang pandai dan berjaya. Sebagai anak lelaki mummy yang pertama Ashraf kena jaga Kakak Arissa bila besar nanti. hihihi

Hari-hari yang di lalui mummy rasa sangat indah bersama dua anak kesayangan. Bagi mummy Ashraf tak banyak meragam kecuali bila nak tidur dan menyusu. Mummy juga dah beri Ashraf makan di usia 4 bulan. Nak tahu kenapa? sebabnya Ashraf asyik merengek dan menghisap jari sepanjang masa seperti sudah mahu makan.

Mummy selalu beritahu kepada sesiapa saja bahawa anak mummy ni sangat peramah kerana mudah senyum. Senyuman yang sangat comel. Ade lesung pipit di bahagian kanan pipi lagi. Anak mummy yang hensem suka tidur meniarap. berbeza sangat dengan Arissa yang tak suka tidur meniarap.


Mummy tersenyum sendiri kerana masa yang berlalu adalah sangat cepat. kalau dulu mummy selalu terbayang macam mana agaknya anak2 mummy. Alhamdulillah sangat cantik dan Hensem.

Mummy still tak buat apa2 keputusan untuk bekerja kerana pada mummy biarlah mummy besarkan Arissa & Ashraf sampai mummy percaya untuk orang lain menjaga anak2 kesayangan mummy nih.


Thursday, April 7, 2011

Arissa Aqila 2 years 3 months

Arissa Aqila itulah jeritan mummy setiap hari memanggil dan memarahi anak sulung yang baru nak belajar bercakap. Dah 2 tahun 3 bulan mummy membesarkan Arissa dengan penuh kasih sayang. Manja, itulah yang Arissa cuba dapatkan dari mummy & daddy but Mummy dah busy sikit dengan baby Ahmad Ashraf Aqil adik lelaki Arissa Aqila yang baru berusia 4 bulan. Sedap sungguh nama anak-anak mummy.

Buat masa sekarang ni hobi Arissa adalah menonton tv channel phdc singkatan kepada playhouse disney channel. Rancangan kegemaran adalah Mickey Mouse Clubhouse, Dibo The Gift Dragon, Chugginton, Handy Manny, Pororo, Pocoyo, Jungle Junction, Higgl town Heroes, Little Einstein, Special Agent Oso, Timmy Time, Word World & Bunny Town... Barney merupakan cerita paling dia suka...

Menyanyi dan menari memang paling pandai, sebutan time nyanyi boleh tahan betul. lagu pertama yang Arissa hafal adalah Burung Kakak Tua pastu I Love you. sekarang dah macam-macam lagu Arissa nyanyi...

I LOVE YOU - Barney Theme Song

I love you
You Love me
We are Happy Family
With a great big hug &
Kiss from me to you,
Wont you say you Love me too

Antara perkataan yang sudah pandai di sebut adalah;

- Mummy, Daddy, Ashraf, Nenek,
- Tok Mama & Tok Papa jadi Mama & Papa
- Pak Long & Alang jadi Pak Yong & Ayang
- Mia, Dini, Nadaa, Wawa
- Bob

Perkataan lain

- 'mummy i love u' utk tengok cerita 'Barney'
- Bobo for Dibo
- Hot dog for Mickey Mouse clubhouse
- Poco for Pocoyo
- Poorooroo for pororo
- bye pun pandai
- ketuk pintu dan bagi salam dgn menyebut akum
- baby bersin arissa sebut alyammmhuuuiah for alhamdulillah
- nak askim for ice cream
- bukak utk smua benda yang dia nak
- cuk for berak
- no no no
- semua jenis air adalah air gash
- susu, shoe shoe, sebutan lebih kurang untuk susu n shoes
- bed for bird, cat, apash asalnya for lipas tp Arissa guna untuk semua jenis serangga yang bergerak seperti ant, lipas, gonggok, lalat.
- hang pong for handphone

Hari nih terkejut bila arissa sebut 'chugginton' tp x clear sgt tp bila mummy tak faham Arissa nyanyi Chugginton, chugi chugi chugginton... rentak mummy tau lagu chugginton so mummy n daddy ketawa mendengar arissa sebut.

Iphone & Ipad

Dua benda ni merupakan permainan utama Arissa sama ada game atau video clip terutama dekat youtube. dekat youtube ni lah Arissa pandai order jer dekat mummy minta Barney, bobo, poco, poorooroo, chugginton.

Selain tu melalui Iphone ni juga Arissa suka dail dan bergayut dengan sesiapa saja yang dia nak terutama daddy, tok mama, alang, pak ngah, nenek, mak uda, maksu n tokwan.. uncle bob kadang2.

Hari ni Mummy ajar Arissa say yes when mummy call tapi dia buat tak tahu jer. Ambil hanger baru angkat Arissa jerit cakap 'Akittt maa' pastu baru sebut 'YES'. hahahahah....

Semalam mummy busy kemas rumah coz nak kejarkan masa maklumlah Ashraf tidur tapi Arissa pula buat hal takut tengok seekor lalat yang langsung tak kacau dia. "maa akutttt" menangis-nangis so mummy cakap arissa tutup mulut, merajuk ke ruang tamu sambil watching tv she said daddyyyyyy, dadddyyyy. pastu leh tertidur pula. kesian pula mummy tengok.

Syukur Alhamdulillah kerana Arissa Aqila sangatlah bijak, cergas dan sihat. Mummy tak sabar nak dengar arissa pandai cakap.....


Kurniaan yang sangat Indah dari Mu Ya Allah. Arissa Aqila anak Sulung Mummy & Daddy lahir pada 6 Jan 2009. Mummy Always Love u both.... Arissa Aqila & Ahmad Ashraf Aqil





About Me

 
Leeya Aqila© DiseƱado por: Compartidisimo