topbella

Wednesday, March 2, 2011

Kepulangan Tanda Pemergian - Al Fatihah

Raya Aidilfitri 2011 adik ipar saya iaitu Nur n family yg tinggal di pakistan akan pulang ke Malaysia so kami yang x sabar2 melihat cahayamata kedua mereka iaitu Wan Marwa yang cuma beza 15 hari dengan Ahmad Ashraf.

Namun husband Nur ade meeting pada feb 2011 so berita gembira menanti kepulangan mereka sekeluarga sgtlah di nanti2 kan. Akhirnya saya dapat jumpa Wan Marwa yang sangat comel... sbenarnya sblm sampai ke Malaysia mereka tidak memberitahu bila tarikh sebenar ketibaan, namun sy telah tbaca di facebook bahawa mereka sudah berada di karachi. saya bertemu mereka pada hr berikutnya dgn membawa gift utk Marwa... nex day kami dtg lg dgn membawa kfc dan nasi lemak untuk dinner.. slpas hari itu suami Nur ade kursus 4 hari... hr ahad Nur dtg tidur rumah kami bersama dua puterinya Nadaa dan Marwa, tidak lupa juga Aini.. so esoknya sy mengikut mereka pulang ke rumah mak mertua. ptg suami Nur pulang... tidak di sangka pula itu merupakan kali terakhir saya memandang wajah penat suami Nur yg baru pulang dari kursus. Ahmad membawa pulang Laksa dan cendol dan mempelawa saya makan laksa juga. Wan Nadaa sangat gembira dgn kepulangan ayahnya. "ayah2!!! ahmad! ahmad!" itulah panggilan Nadaa kpada ayahnya. Sambil Ahmad memegang baby Marwa, Nadaa memanggil ayahnya, tidak sangka keletah Nadaa dengan ayahnya merupakan kali terakhir utk saya melihatnya..

Mereka akan pulang ke terengganu esok pagi maka sy menghabiskan masa bersembang dengan Nur pada hari tersebut iaitu isnin..

Saya memang pengguna tegar facebook.. bgn pagi fb sblm tdo fb n stiap masa adalah fb.. sy bc fb melalui hp jer, maklumlah teknologi skrg smua canggih2, lgpun surirumah sepenuh masa mmg mcmni.. jd selasa ptg tu sy melihat fb Nur, die ada upload photo Ahmad n menulis supaya berhati2 memandu.. jd saya berdoa agar mereka selamat sampai ke Kuala terengganu..

Malam sy tertanya sendirian adakah mereka sudah sampai.. melihat2 di fb kalau2 dah update status sampai terengganu.. masa tu jam 9 lebih.. just tgk kembar Ahmad bertanya adakah sudah sampai di wall post Nur... berdebar2 jer ht nih...

jam 11 lebih kot Aini call utk bckp dgn suami yg sdg bz potpet dgn hp satu lg... Aini ckp pd sy bahawa Nur sekeluarga accident. Ahmad koma setelah terlanggar seekor kuda yg terlepas dr kandangnya... kejadian berlaku sudah berhampiran dengan rumah keluarga Ahmad. Ingatkan sekadar kecederaan yang boleh kembali sihat, rupanya Aini call lg beberapa kali slepas itu memberitahu bahawa Ahmad sudah tiada.. terkedu sy tidak percaya seolah br td melihatnya sihat bersama anak2nya.. Innalillah hi wainnalillah hirajiun... Allah lebih menyayanginya...

kami sekeluarga bersiap2 untuk pulang ke terengganu.

saya sangat2 sedih dengan berita begini, usia perkahwinan keluarga kami adalah sama cuma tarikh akad nikah saya n Nur saja berbeza satu minggu.. berita gembira saya pregnant juga tidak jauh berbeza dgn anak pertama mereka, beza tiga ke empat bulan n berita gembira anak kedua juga lebih kurang sama n beza 15 hari jer. ade sedara yang kata kami ni berlumba2. hihi rezekila.... tapi sedih pulak mengenangkan anak Arwah yang masih kecil yang langsung mengerti apa itu kehilangan... lebih2 lg Wan Marwa yang br nak masuk
tiga bulan...

Ya Allah Ya Tuhanku, Tabahkanlah dan kuatkanlah hati Aini Nurbaya dalam menjalani kehidupan ini tanpa insan yang sangat di sayanginya.. permudahkanlah segala urusannya dalam membesarkan dua puterinya... semoga Wan Nadaa dan Wan Marwa menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup ini...

Hilanglah penulisan Nafastari yang pernah saya ikuti sebelum ini.. tiada lagi kisah pakistan... hanya Mawar Nafastari yang bisa meneruskan penulisan Nafastari..

kehilangan Ahmad sungguh menyentuh perasaan sy kerana pemergian yg sgt tidak di sangka.. sy tidak dpt membayangkan jika berita sedih itu menimpa keluarga yg sy sayangi.. sepanjang perjalanan ke terengganu saya dan suami byk termenung dan diam.. kelu lidah ini.. sampai di rumah arwah di terenganu air mata saya sudah tidak mampu di tahan lagi apabila bertemu Nur dan anak2nya..

Semoga roh Wan Ahmad Fadzil berada di kalangan mereka yang beriman dan soleh... AlFatihah

About Me

 
Leeya Aqila© DiseƱado por: Compartidisimo