topbella

Saturday, December 19, 2009

Gigi anak Mummy dah bertambah...

17 dec 09- hihi... best nya mummy tgk gigi arissa dah ada 7 semuanya (3 atas + 4 bawah)
Arissa dah start brush her teeth.... excited bila mummy masukan berus gigi dalam mulut dia. mula2 terkejut tapi bila dah gosok gigi baru tersenyum senyum.... lg2 bila besh rasa ubat gigi yg manis tu...

Wednesday, December 16, 2009

CafeMom TickersCafeMom Tickers

Tuesday, December 15, 2009

Arissa Aqila dah nak jalan...


oohh my sweet little princess Arissa Aqila..... now u already 11 month 2nd weeks.... so amazing when Arissa can walk now although dua tiga tapak, penat la mummy nak kejar lepas ni... but i'm happy sebab kepekaan, kecerdikan, kebijaksanaan mu terserlah dengan berbagai perkara & keletah yang telah di lakukan. jatuh bangun mu walaupun sakit Arissa tetap tabah melangkah dengan gembira.... setiap langkah mu satu pengertian hebat dalam hidup mummy.... semua ini adalah detik indah kita bertiga.....


Arissa Mummy & daddy.........

Tuesday, November 3, 2009

Wednesday, September 2, 2009


ni lah gaya Arissa masa happy tepuk tangan.... xnak tdo ler...

Saturday, August 29, 2009

Anak Mummy Ni kelakar la.. Comelll


Arissa Aqila Ahmad Faizul... Arissa Mean Most excellent & Aqila mean Bijaksana. Ohh my cute lil' Princess u r the one & only mummy & daddy love... skarang Arissa dah pandai gelak kuat2, menjerit nyaring di kala suka, hisap botol sdiri, panjat tangga, tepuk tangan bila mummy nyanyi lagu tepuk amai2 & mcm2 lagi. best sangat. pejam celik dah hampir lapan bulan mummy besarkan Arissa.

Arissa pantang nampak perut daddy dia pasti nak pergi bubbb bub dengan mulut dia. dgn mummy pun sama. gigi dah tumbuh tapi satu jer kuar... bila bdiri ada hati lepas tgn... bijak betul anak mummy ni... kelakar la Arissa ni buat mummy ada rasa terkejut la skit td... baru tdo pastu bangun tiba2 senyum happy mummy kelam kabut baring sebelah bg susu then Arissa tdo balik. mengigau e?

alhamdulillah sepanjang membesarkan Arissa mummy bersyukur sebab rezeki kita murah sayang. Skit lagi nak raya.... mmmmm tgh berfikir sbb banyak benda nak buat....

Friday, August 28, 2009

Panic day...


Lepas berbuka daddy ajak mummy tukar brg mac dia... silap beli kot. balik mummy ajak singgah rumah tok mama... otw balik dr rumah tok mama, dlm kete mummy buka ler keropok apa tah n makan. arissa macam biasa tgk jer. then mummy igt nak simpan so mummy tunduk n secara tak langsung bucu plastik tercucuk mata arissa yang mummy sayang sgt ni. apa lagi menjerit sekuat hati dgn meleleh air mata n xbuka mata sebab sakit. mummy n daddy panic. daddy tanya kenapa n mummy dlm keadaan bersalah n cuai xterkeluar kata2. mummy bg susu kat arissa n dia diam. mummy buka mata arissa n nmpk kelopak mata hitam arissa mcm ada smthing. mummy n daddy panic n kami begegas ke klinik menara di bukit jelutong. tutup la pulak... daddy dah mengamuk2 n mummy dah sedih. Arissa TDO???? mummy tak kasi tdo tapi Arissa tetap nak tdo. G klinik Umra. sampai sana mummy tgk la mata arissa di tmpat yang terang takda apa la pula. Doktor check & dia kata everything is ok. cuma merah sikit jer. nex time be careful. harghhh lega. balik mummy & daddy diam jer.... arissa pun... Syukur alhamdulillah tiada apa2. Maafkan Mummy sayang...

Sunday, August 23, 2009

Resepi Nasi Ayam

Nak kata pandai masak tak la juga... tapi sekadar cuba dan kemudian rasanya agak sedap jadi untuk tidak lupakan resepinya maka dengan ini mummy nak simpan kat sini... senang utk rujuk dan boleh ler aunty Nor baca nanti...

Resepi Nasi Ayam

BAHAN2 for NASI'

1. Beras masak ler 4 pot utk 5 Atau 6 org makan
2. Air rebusan ayam
3.bawang besar sebiji di belah enam
4. bawang putih sebiji
5. halia 1 inci
6. garam secukup rasa
7. planta


BAHAN2 For SUP

1. Bawang besar sebiji
2. Bawang putih 2 biji
3. Halia 1 inci
4. perencah sup / sup bunjut
5. beberapa ketul ayam yg telah di kerat kecil2 sebagai syarat
6. kentang jika suka

BAHAN2 for AYAM

1. Kicap
2. Madu
3. Garam ckit jer

BAHAN2 for Sos

1. Cili besar 5 biji
2. Bawang Putih
3. garam
4. gula


BAHAN2 for sos kicap

1. kicap
2. sos tiram

BAHAN2 lain'
1. timun
2. salad
3. tomato

* semua bahan di atas di potong mengikut citarasa sendiri


CARA2 NYA:

1. selepas mencuci beras, masukan air rebusan ayam sukatan macam masak nasi biasa. kemudian masukan bawang besar, bawang putih, halia dan sedikit planta. letakan garam dan rasa ler sikit takut tawar nanti. tanak seperti biasa dan selepas masak pastikan nasi tadi di gaul untuk meratakan bahan2.


2. untuk masak sup ayam letakan semua bahan seperti di atas dan rasalah sendiri tawar ke masin.

3. ayam yang telah di rebus tadi ambil dan perap dengan madu,kicap manis dan sedikit garam selama 30 mins. lagi lama lagi sedap. kemudian goreng dan potong macam kat kedai buat.

4. untuk sos, blender cili besar, bawang putih, garam ckit, air (megikut suka) dan gula. setengah orang tak masak tapi lebih baik masak cili sehingga mendidih takut sakit perut. huhu... gaul dan rasa manis2 ckit dan sedap baru angkat.

5. letakan kicap, sos tiram lebih ckit dan air. gaulkan sehingga rata dan jadilah sos kicap. letak ler madu skit untuk tambahkan keenakannya.

6. dah siap semua hiaslah salad, tomato dan timun tu cantik2. hidangkan

selamat mencuba. agak2 tak faham comment ler....

Selamat berpuasa


nampaknya dah masuk hari kedua berpuasa. hahhah mummy puasa semalam, walaupun ada yang tak galakkan mummy berpuasa sebab menyusu arissa... tapi mummy ok jer... hari pertama puasa mummy masak nasi ayam & bubur jagung... Meriah tak photo di atas... semangat puasa... sib baik habis kalu tak membazir jer...

Friday, July 31, 2009

My Lil' Princess playing keyboard...




sungguh terharu mummy melihat arissa pandai main keyboardwith daddy.... tak da sapa ajar pun... bila arissa tekan dengar ada bunyi lg la dia happy nak tekan... Love u so much muuuuaaaahhh...

Thursday, July 23, 2009

Arissa Aqila

Friday, July 10, 2009

Arissa Crying...



Ni aje yang Arissa pandai buat masa ni... 16 jun 09.. menangis cemik2 muka buat booo booo booob...
mummy saja menyakat dia...

Saturday, June 27, 2009

Thursday, June 18, 2009

Di Sini Bermula...


Di Sini Bermula...

Mummy & Daddy married pada 22 Dec 2007... We engaged on 7 April 2007. Perkenalan mummy & daddy dalam keadaan tidak di sangka. Mummy Kerja Kat Lineclear Motion Pictures as Video Editor. From there mummy Kenal Daddy. Pendapat mummy & daddy xserupa. Mummy suka bangkang & daddy xnak mengalah. Daddy bawa mummy jumpa Tok Mama walaupun mummy xready. Daddy ni nak express jer, dia kenalkan mummy pada kawan2 walaupun kami x confirm lagi nak kawin.hihi.... confident jer..... tapi instinct mummy kuat tentang jodoh kami.

Mummy bawa daddy Jumpa Tok Wan Arissa, masa tu raya. Pak Ngah ketawakan Daddy coz daddy cakap peluk kusyen. Malu kot jumpa Tok Wan dgn Nenek. tapi Tok Wan & nenek suka daddy. Green light ler jawabnya. next month terus daddy merisik. hihihi. Lepas kahwin mummy & daddy honeymoon kat Australia....


Berita Gembira... Six month after married mummy & daddy dapat khabar gembira. Mummy already pregnant 2 month / 8 weeks. Daddy lah yang paling gembira. Alhamdulillah Syukur kepada Mu Ya Allah. Akhirnya mummy pregnant juga. Selepas tu mummy dah start tak buat kerja berat2... byk relax becoz mummy sgt sayang dengan baby yang mummy kandung... Daddy everyday panggil Arissa tau although we dont know yet jantina baby... after we know our baby is girl mummy hari2 cari nama untuk Arissa termasuk nama Arissa Aqila.

First Trimester... Morning Sickness mummy boleh tahan. Mummy tak boleh makan ayam, nak muntah. Mummy allergic makan laksa + rambutan. habis bengkak2 mulut. suka makan soup je tak kira soup ikan ke sayur ke janji berkuah. Berat mummy turun dari 62kg ke 58 kg.

2nd & 3rd Trimester... Mummy dah ok ckit. berat pun naik ke 62 kg balik. Arissa anak mummy dah start gerak2 bila masuk minggu ke 17 tp tak rasa sangat. Mummy pernah nak terjatuh kat tangga rumah Tok Mama, alhamdulillah bahu mummy sempat tahan di dinding. masa tu dah nak masuk 7 bulan. Mummy risau masa mummy kena denggi. Risau mummy dengan Arissa. Tapi alhamdulillah doktor kata baby dalam kandungan tak kena. Macamana boleh kena pun mummy tak tahu. Selalu pergi rumah Mak Uda kot., sana banyak kes ckit. Nov 4, Daddy pergi U.S tinggal mummy 10 hari. Boring betul tapi sib baik ada Arissa so mummy ada teman. Bab makan dan minum lak, mummy suka sangat tembikai & jambu. sehari tak dapat macam nak nangis tapi daddy mesti belikan. bila masuk bulan ke 8 mummy suka sangat makan coklat. berat mummy naik 65 kg. Mummy hari2 mesti daddy bawa jalan2 beli barang Arissa. sampaila malam 5 jan 2009 jam 10 lebih mummy tengah main game , tanda Arissa nak lahir dah tiba. Air ketuban mummy dah pecah. Daddy lak takda pergi main badminton. Then bila daddy dah sampai baru gerak pergi hospital jam 12 lebih. Sakit nak bersalin hanya Allah yang tahu. tapi last skali Mummy mengalah so operate jer.... kemudian doktor bawa Arissa ke sebelah mummy, putihnya, gebu, rambut kerinting. Mummy Kiss Arissa sayang then mummy tidur....

About Me

 
Leeya Aqila© DiseƱado por: Compartidisimo