topbella

Sunday, August 23, 2009

Resepi Nasi Ayam

Nak kata pandai masak tak la juga... tapi sekadar cuba dan kemudian rasanya agak sedap jadi untuk tidak lupakan resepinya maka dengan ini mummy nak simpan kat sini... senang utk rujuk dan boleh ler aunty Nor baca nanti...

Resepi Nasi Ayam

BAHAN2 for NASI'

1. Beras masak ler 4 pot utk 5 Atau 6 org makan
2. Air rebusan ayam
3.bawang besar sebiji di belah enam
4. bawang putih sebiji
5. halia 1 inci
6. garam secukup rasa
7. planta


BAHAN2 For SUP

1. Bawang besar sebiji
2. Bawang putih 2 biji
3. Halia 1 inci
4. perencah sup / sup bunjut
5. beberapa ketul ayam yg telah di kerat kecil2 sebagai syarat
6. kentang jika suka

BAHAN2 for AYAM

1. Kicap
2. Madu
3. Garam ckit jer

BAHAN2 for Sos

1. Cili besar 5 biji
2. Bawang Putih
3. garam
4. gula


BAHAN2 for sos kicap

1. kicap
2. sos tiram

BAHAN2 lain'
1. timun
2. salad
3. tomato

* semua bahan di atas di potong mengikut citarasa sendiri


CARA2 NYA:

1. selepas mencuci beras, masukan air rebusan ayam sukatan macam masak nasi biasa. kemudian masukan bawang besar, bawang putih, halia dan sedikit planta. letakan garam dan rasa ler sikit takut tawar nanti. tanak seperti biasa dan selepas masak pastikan nasi tadi di gaul untuk meratakan bahan2.


2. untuk masak sup ayam letakan semua bahan seperti di atas dan rasalah sendiri tawar ke masin.

3. ayam yang telah di rebus tadi ambil dan perap dengan madu,kicap manis dan sedikit garam selama 30 mins. lagi lama lagi sedap. kemudian goreng dan potong macam kat kedai buat.

4. untuk sos, blender cili besar, bawang putih, garam ckit, air (megikut suka) dan gula. setengah orang tak masak tapi lebih baik masak cili sehingga mendidih takut sakit perut. huhu... gaul dan rasa manis2 ckit dan sedap baru angkat.

5. letakan kicap, sos tiram lebih ckit dan air. gaulkan sehingga rata dan jadilah sos kicap. letak ler madu skit untuk tambahkan keenakannya.

6. dah siap semua hiaslah salad, tomato dan timun tu cantik2. hidangkan

selamat mencuba. agak2 tak faham comment ler....

0 comments:

About Me

 
Leeya Aqila© DiseƱado por: Compartidisimo