topbella

Saturday, April 9, 2011

Ahmad Ashraf Aqil




My cute Lil' Prince Ahmad Ashraf Aqil was born at TMC, Kota Damansara pada 20 Nov 2010.. Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Allah atas kurnia yang sangat Indah ini. Melihat wajahmu buat kali pertama membuatkan mummy sangat2 gembira sehingga mengalirkan air mata.

Sekarang Ahmad Ashraf dah 4 bulan. Lagi 11 hari masuk 5 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Buat masa ni Ashraf dan boleh meniarap dan dah bergolek kesana kesini. Arissa pun sayang Ashraf walaupun ada sekelumit rasa cemburu.


Bila Ashraf tidur mummy berdoa agar besar nanti Ashraf jadi anak yang pandai dan berjaya. Sebagai anak lelaki mummy yang pertama Ashraf kena jaga Kakak Arissa bila besar nanti. hihihi

Hari-hari yang di lalui mummy rasa sangat indah bersama dua anak kesayangan. Bagi mummy Ashraf tak banyak meragam kecuali bila nak tidur dan menyusu. Mummy juga dah beri Ashraf makan di usia 4 bulan. Nak tahu kenapa? sebabnya Ashraf asyik merengek dan menghisap jari sepanjang masa seperti sudah mahu makan.

Mummy selalu beritahu kepada sesiapa saja bahawa anak mummy ni sangat peramah kerana mudah senyum. Senyuman yang sangat comel. Ade lesung pipit di bahagian kanan pipi lagi. Anak mummy yang hensem suka tidur meniarap. berbeza sangat dengan Arissa yang tak suka tidur meniarap.


Mummy tersenyum sendiri kerana masa yang berlalu adalah sangat cepat. kalau dulu mummy selalu terbayang macam mana agaknya anak2 mummy. Alhamdulillah sangat cantik dan Hensem.

Mummy still tak buat apa2 keputusan untuk bekerja kerana pada mummy biarlah mummy besarkan Arissa & Ashraf sampai mummy percaya untuk orang lain menjaga anak2 kesayangan mummy nih.


0 comments:

About Me

 
Leeya Aqila© DiseƱado por: Compartidisimo