topbella

Tuesday, June 1, 2010

Oh tidakkk...

Baru2 ini saya mengikuti suami ke Melaka kerana ada urusan kerja... so kami bertolak paada petang selasa & tiba dlm pukul 5 lebih termasuklah sesat. bodoh betul Gps ni tah mana2 tempat die bawa kitaorang.... nak pergi alor gajah tp dah pergi air keroh.... sib baik jaraknya tak berapa jauh...

Sampai jer kat everly hotel tu suami pergi daftar n lepas check in kami pergi swimming dulu.. hahahaha... mlm tu my suami dah sibuk dgn kejenya so arissa n mummy just lepak tgk tv... arissa punya happy main sorang2.... merangkaklah, melompat, berpusing2....

Mlm kitaorg just order dr bilik mkn nasi lemak jer... esoknya suami dari pagi sampai ke petang bz.. arissa tgk daddy die bgn pagi2 die dah siap bgn nak ikut n menangis.... ishk2 kenalah bgn main2 dgn die pulak.... mlm suami kata boleh la kita pergi jalan2 kota melaka... so dah satu hari terperuk di bilik dgn happy kami pun bersiap... first jln2 kitaorg naik kapal kecil tom cruise kot. tak igt namanya selama 45min jalan kat sungai yang agak berbau tu melihat keindahan sejarah melaka. bersih betul setiap rumah kedai tu, setiap rumah di sekitar sungai tu di hiasi lampu yang sangat cantik....

Skali dari dalam kapal tu suami tnampak MENARA TAMING SARI..... lantas keluar jer dari dari tom cruise tu kami bergegas mencari menara tu kat area mana. skali jumpa lah pulak... so masa nak beli tiket xda duit kecil lah pulak. so korek2 poket pun x cukup... skali budak pempuan tu kata adalah pulak... so kami dgn happy masuk n duduk smentara nak tunggu benda tu naik keatas... bila dah naik kitaorang teruja lah sekejap... tiba2 bunyi prak pak pak... terjadi sewaktu berada betul2 dibhagian tertinggi menara tu... semuanya terhenti n termasuk muzik n aircond... gelap gelita kami diatas ni... hatiku dah mula berdebar2 terasa bagai kami kini di ambang maut... memandang wajah suami dgn penuh rasa marah kerana suami sgt beria2 nak menaiki menara ini sedangkan die sangat takut n gayat dgn ketinggian. tp hatiku tidak jadi marah n suami pun muka smakin cuak... lebih kurang 19 org termasuk dua pekerja berada diatas menara yang terhenti ini....

Tujuh minit menjadi 17 minit 27 minit 37 minit n seterusnya. hatiku sgt2lah berdebar tak keruan airmata ni dah brp kali kluar masuk... menurut salah seorang pekerja di situ tidak pernah perkara sebegini terjadi. lagilah kami takut.... mcm2 perkara dah terbayang dalam ingatan... jika benarlah menara ini tidak akan bergerak semula saya mula bertanya pada suami isteri yang berada berdekatan dgn dua pekerja yang sedang bercakap di walkie talkie samada ada jalan turun lain. die kata ada n technician die sedang naik. tangga yang tegak yang berada di dalam menara tu... pehhh lglah berderau darahku... mcmana nak bw budak kecik arissa ni turun.. bila technician die sampai kami lega tp risau gak tahu ke die. kang tekan2 terus terjatuh kami smua kebawah.....

Aku banyak beristighfar n mengucap sebanyak mungkin... tp arissa sdg sibuk nak tgk video kat iphone pulak... lagu raya pun raya lah... budak2 yang cuak tu semua dok gelak dgr lagu raya ni n ckp tak sempatlah kita raya nampaknya.... arissa dah mula berpeluh kpanasan. org lain berdiri berjalan mundar mandir tp kami hanya duduk kerana takut dengan ketinggian... 80 meter... tinggi tu..

Tiba2 kami dgr bunyi sesuatu n lampu n muzik mula berkumandang... semua org lega. alhamdulillah n tiba2 arissa gelak dgn kuat hahahaha... tkejut saya n suami.. kemudian kami gelak sikit... suami mula menunjukan rasa lega tp sy masih risau selagi kami tidak turun saya tak akan merasa lega.... suami mula riang... skali tanpa ku sedari kami sudah hampir sampai kebawah... alhamdulillah air mata lagi... sampai di bawah smua org menanti. mcm biasa mereka minta maaf n beri air kotak n beg kertas yang mengandungi topi. pada kami janji dapat turun. masuk keta aku rasa terharu sgt.... kami dalam keadaan tiada mood mencari restoran utk dinner...


Perkara ni sampai sekarang masih terngiang2 dlm ingatanku.... pengalaman itu mengajarku utk lebih berhati2.. tak mungkin ku naik mana2 menara lagi selepas ini....

Syukur alhamdulillah kami skeluarga selamat pulang ke rumah di Shah aAam pada esok harinya.......... syukur padamu Ya ALLAH.....


0 comments:

About Me

 
Leeya Aqila© DiseƱado por: Compartidisimo